CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Text maker

Ahad, 25 Disember 2011

AJAIBNYA HERBA UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN

Belimbing Buluh

Pokok ini senang membesar dan agak rendang. Ia sesuai sebagai pokok teduhan dihalaman rumah. Pokok ini sesuai untuk darah tinggi dan merawat demam panas. Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudiannya dikisar buah tersebut sehingga lumat. Tapis untuk dapatkan airnya.
       Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya, ramas dedaun ini dengan sedikit airsehingga agak lumat dan letakkannya di atas sehelai kain kemudian demahkannya di atas kepala sehingga panas berkurangan.

 


Pokok Cekur

Daun dan rizom pokok ini mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma. Rizomnya berbentuk seperti susunan jari. Di hujung akarnya pula terdapat butir-butir ubi berwarna putih kemerahan yang juga berbentuk seperti jari.
         Rizom cekur digunakan sebagai herba untuk mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.


 


Pokok Kari

Pokok kari selalunya ditanam  di kawasan rumah kerana kegunaannya sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun ini mempunyai bau yang kuat dan rasanya agak pahit.
      Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi protein, lemak, karbohidrat, fiber, mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin c. 
      Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman.
      Ia juga boleh digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit-birit dan buasir.
      Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain itu daun kari juga dapat mencegah uban.
      Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.





Pokok Dukung Anak

Pokok ini mudah dijumpai terutamanya dikebun-kebun sayur, dicelah-celah pasu bunga atau dikawasan semak. Ia mempunyai batang bewarna hijau muda atau kemerah-merahan dan akar tunjangnya bewarna putih. Daunnya bersaiz kecil dan tersusun. Buahnya terdapat pada bawah pelepah daun pokok ini.
      Pokok yang jenis bewarna hijau digunakan untuk perubatan. Air rebusan pokok ini boleh mengubati cirit birit dan menurunkan tekanan darah tinggi, manakala perahan airnya baik untuk kudis dan luka. Ekstrak dari tumbuhan ini baik untuk merawat infeksi saluran kencing dan juga baik untuk merawat kencing manis.



Pokok Kaduk

Tumbuhan yang dikenali sebagai kaduk ini sama seperti daun sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah. Daun kaduk sangat popular dan digunakan secara meluas. Selain dijadikan sebagai ulam, daunnya juga boleh digunakan sebagai penyedap dalam masakan lemak.
       Antara khasiat yang agak popular adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau. Kebanyakan cara merawat sakit tersebut kecuali cacing, panau dan batuk, adalah merebus seluruh pokok tersebut bersama akarnya sekali. Apabila agak suam minumlah perlahan-lahan. Untuk merawat cacing pula adalah dengan mengambil beberapa helai daun kaduk yang segar, kemudian daun-daun tersebut diramas di dalam air, kemudian air tersebut disiramkan keseluruh badan.
      Untuk melegakan batuk pula caranya ialah ambil beberapa helai daun kaduk, kisarkan dengan sedikit air sehingga lumat. Ambil daun tersebut dan sapukan pada leher. Begitu juga pada panau, tumbuk daunnya dan letakkan pada panau tersebut.



Pokok Emas Cotek

Pokok emas cotek ataupun mas cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam perubatan Melayu. Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuklah meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim, merawat paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan cirit birit.




Pokok Ati-ati

 Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga luka. Kajian secara saintifik telah dijalankan terhadap pokok ini. Daun pokok ati-ati direbus sehingga air rebusannya menjadi pekat dan diminum untuk merawat darah tinggi. Untuk luka, daunnya ditumbuk dan diletakkan ditempat luka.



Pokok Inai

Daun inai mempunyai khasiat yang tinggi untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku . Untuk itu, daun inai ditumbuk dan diletakkan pada tempat yang sakit. Untuk merawat luka sama ada luka luaran atau dalaman terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan, caranya adalah dengan memakan 7 helai daun inai pada waktu pagi dan petang untuk luka selepas bersalin dan pembedahan.
     Untuk menyerikan wajah yang agak pucat adalah dengan merebus daun inai tersebut dan diminum air rebusan 3x seminggu. Untuk melembutkan rambut pula, daun inai dikisar hingga lumat dan dipanaskan sebentar, kemudian disapukan pada rambut, selain rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi lebih berseri dengan warna merah semulajadi dari daun inai.




Pokok Bidara

Bidara adalah sejenis tumbuhan hutan yang telah ditanam secara komersil. Bidara mengeluarkan buah yang rasanya agak manis dan enak dimakan. Buahnya seperti buah epal, tetapi apabila tua bewarna sedikit kekuningan. 
       Mempunyai pelbagai kegunaan. Rebusan kulit dan biji bidara boleh diminum untuk melegakan cirit birit. Daunnya boleh digunakan untuk ibu selepas bersalin untuk mengelakkan meroyan dengan cara merendam daun bidara kedalam air mandi dan sedikit ke dalam minuman.











Ahad, 16 Oktober 2011

TAHUKAH ANDA?


Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella usiatica biasanya dijadikan ulam-ulaman oleh masyarakat Melayu. Kajian saintifik juga telah membuktikan pegaga digunakan untuk perawatan pelbagai penyakit.
Kajian oleh para saintis, mendapati banyak kesan perubatan daripada pegaga ini antaranya menurunkan tekanan darah tinggi, memulihkan penyakit keputihan, merawat penyakit kulit , asma, demam panas, demam kuning, hipatitis-B, dan buasir.Selain itu juga, pegaga telah tersenarai sebagai 20 herba ubatan yang terbaik di dunia.