CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Text maker

Ahad, 16 Oktober 2011

TAHUKAH ANDA?


Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella usiatica biasanya dijadikan ulam-ulaman oleh masyarakat Melayu. Kajian saintifik juga telah membuktikan pegaga digunakan untuk perawatan pelbagai penyakit.
Kajian oleh para saintis, mendapati banyak kesan perubatan daripada pegaga ini antaranya menurunkan tekanan darah tinggi, memulihkan penyakit keputihan, merawat penyakit kulit , asma, demam panas, demam kuning, hipatitis-B, dan buasir.Selain itu juga, pegaga telah tersenarai sebagai 20 herba ubatan yang terbaik di dunia.

AMALAN PEMAKANAN ‘KISMIS’ MENGIKUT ISLAM


Kismis merupakan salah satu daripada makanan yang sangat berkhasiat. Amalan pemakanan kismis boleh membantu sesorang individu tersebut mendapat bekalan oksigen yang secukupnya kerana kandungan zat besinya memang sangat diperlukan  untuk membina darah bagi memstikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen pada otak manusia boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.Dalam Islam, cara pemakanan kismis yang biasa digunakan adalah:-

CARA MAKAN :
  1. Menghadap kiblat.
  2. Baca Bismillah dan diikuti selawat keatas nabi sebanyak 3 kali.
  3. Kemudian baca doa penerang hati.
  4. Selepas itu, masukkan kedalam mulut dan kemam seperti gula-gula. Jangan kunyah.
  5. Makan sebiji-sebiji sehingga habis sebanyak 21 biji.
Diharap tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualti.